Salam Sejahtera!
“Miskin bandar terpaksa pilih telur, mi segera” – Sinar Harian, 25-Ogos 2020
Melihat pertambahan gelandangan serta peningkatan kos sara diri yang tinggi semenjak pandemik Covid-19, kami terpanggil untuk menubuhkan Foodbank tertumpu di Pangsa Sri Bagan serta kawasan Bagan Dalam, Butterworth, Pulau Pinang.
Matlamat kami bukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di sekitar kawasan Bagan Dalam, tetapi tertumpu lebih kepada meringankan beban dan membantu golongan memerlukan samada tua atau muda dapat tidur dengan perut yang terisi.
Pelan pek makanan bernilai RM15/ pek yang diagihkan kepada 35 buah keluarga seminggu bertempat di Kedai Runcit Sayang, Pangsa Sri Bagan adalah diisi dengan :
i. Karbohidrat : 1kg Beras, 400g Roti
& 1kg Tepung Gandum
ii. Protein : 1 tin Sardin & 10 butir Telur
Selain itu, kami turut mensasarkan untuk menyalurkan bantuan susu tepung dan lampin pakai buang kepada keluarga yg menyara ahli keluarga yg sakit tua atau OKU.
Peruntukan yg kami ingin salurkan :
- 2 pek Susu tepung (anggaran harga RM70)
- 1 pek lampin pakai buang (anggaran harga RM30)
Kami amat berharap agar inisiatif Foodbank Tiree dapat membantu kelangsungan hidup golongan terjejas di Pangsa Sri Bagan dan sekitarnya, serta mengharapkan tajaan anda dapat membantu kelangsungan inisiatif Foodbank Tiree ini.
Terima kasih dari Team Foodbank Butterworth
Disclaimer:
Kutipan Semasa Disember 2021
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan Disember 2021
RM {nilai_sasaran}